Sabtu, 22 Disember 2012
Khamis, 13 Disember 2012
Ulasan pertama "Detik"
Sebenarnya ulasan ini keluar pada hari Isnin lalu. Ulasan ini ditulis oleh teman novelis yang juga editor Dewan Sastera, Tuan Fadli Al-Akiti.
Saya sertakan pautan ulasan dengan tajuk "Detik Mesin Masa" ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Fadli atas pandangan yang diberikan.
Saya sertakan pautan ulasan dengan tajuk "Detik Mesin Masa" ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Fadli atas pandangan yang diberikan.
Selasa, 11 Disember 2012
Apa kata panel hakim mengenai "Detik"?
Penganjur Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan musim kedua ada menerbitkan sebuah buku kecil berjudul Mengitari Orbit Sayembara sebagai bahan iringan kepada novel-novel yang diterbitkan. Di dalam buku kecil ini diperincikan, antara lain, mengenai proses penghakiman dan analisis karya pemenang. Bagi saya, buku kecil ini amat berguna kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai sayembara seperti ini untuk memahami proses penilaian dan kriteria-kriteria yang diguna pakai bagi menentukan pemenang.
Antara petikan di dalam buku kecil ini mengenai novel Detik:
Saya mengharapkan agar petikan-petikan di atas menjadi "pembuka selera" bagi penggemar novel untuk mendapatkan novel Detik. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina demi memperbaiki mutu penulisan saya.
Antara petikan di dalam buku kecil ini mengenai novel Detik:
Selain itu, salah satu teknologi menarik yang jarang-jarang diterokai oleh penulis lain dibawa dalam "Detik". Takion atau partikel takionik ialah sejenis partikel yang mengikut hipotesis boleh bergerak lebih pantas dari cahaya... Lari daripada penciptaan sedia ada, takion yang digunakan dalam "Detik" berfungsi untuk menerobos masa. Aplikasi baharu ini berupaya mencetuskan polemik dan menarik minat ahli teknologi untuk cuba menzahirkan alat yang dicadangkan. Suatu hari nanti, tidak mustahil mesin penjelajahan masa berasaskan takion akan tercipta dan kemudian menjadi lumrah. Walaupun pencapaian anak Malaysia dalam teknologi ini bersifat imaginatif, inilah yang diharapkan oleh penganjur supaya teknologi baharu dicipta oleh penulis dalam karya mereka." (Halaman 32-35).
"Detik" mengangkat idea tentang pengembaraan dalam ruang masa. Manusia mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi untuk merealisasikan impian bergerak dalam ruang masa terasuk untuk melakukan sesuatu sekalipun terpaksa menentang fitrah manusia. Maka, "Detik" yang memaparkan eksperimen ahli sains menguasai perpindahan jasad dalam ruang masa sebagaimana yang diterokai oleh Profesor Dr. Sa'at Akheer melalui Projek Kronos, dengan bantuan rakan-rakan penyelidiknya Dr. Jamilah, Dr. Harichandran dan Dr. May Neat akhirnya menjadi sia-sia... Pengarang dengan halus merumuskan kesilapan manusia menentang kejadian Tuhan dengan membiarkan Makmal Projek Kronos terbakar. (Halaman 43-44).
Dalam "Detik" pengarang bijak membina struktur naratifnya. Cerita yang dimulakan dengan cebisan kertas amaran kematian Awwal sudah berjaya membina rasa ingin tahu. Setiap peristiwa dalam jaluran plotnya dibina secara fungsional, ertinya tiada unsur yang membazir. Susunan peristiwa tertib, dan cerita bergerak secara sempurna dari tahap ke tahap melalui hubungan sebab dan akibat. Keseimbangan yang diperagakan membuktikan berlakunya pertukangan kreatif yang dirancang di sebalik penggarapannya. (Halaman 44-45).
Saya mengharapkan agar petikan-petikan di atas menjadi "pembuka selera" bagi penggemar novel untuk mendapatkan novel Detik. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina demi memperbaiki mutu penulisan saya.
Isnin, 10 Disember 2012
Detik itu muncul juga
Alhamdulillah.
Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya keputusan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan musim kedua telah diumumkan tanggal 6 Disember 2012 yang lalu. Angin-angin yang bertiup asalnya membawa khabar yang keputusan sepatutnya diumumkan pada bulan Jun, sebelum ditangguh ke bulan Oktober, dan akhirnya menjadi kenyataan minggu lalu.
Kali ini tidak ada pemenang hadiah utama. Hadiah kedua diperoleh oleh orang lama sayembara, Sri Rahayu Mohd Yusop dengan karya Equilibria. Karya saya iaitu Detik dianugerahkan tempat ketiga. Sementara itu, pemenang utama musim pertama iaitu Amer Hmzah L. Kadir dengan karya ID berserta dua lagi karya iaitu Bekamorfosis karya Jali Haji Kenoi dan Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor memperoleh hadiah penghargaan oleh penganjur. Di samping itu, penganjur juga menganugerahkan Hadiah Galakan kepada Faridah Abdul Hamid untuk karya "Timpani" (walaupun karya ini tidak diterbitkan.
Memandangkan sayembara ini dianjurkan bersama oleh Kumpulan Utusan, maka pastinya akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia memberikan liputan acara ini. Saya menemui tiga artikel berikut:
Saya bersyukur kerana penyertaan pertama saya di dalam mana-mana sayembara membuahkan hasil. Idea menghasilkan Detik timbul pada tahun 2008, namun perkembangan penulisannya agak perlahan. Hanya pada tahun 2010 baru saya mula menulis novel ini sebelum disiapkan pada akhir tahun 2011.
Kini, Detik sudah berada di pasaran. Dapatkan naskhah anda.

- Karya fiksyen sains bagi KOMSAS
- Guru Bahasa Inggeris raih RM7,000 menerusi novel Equilibria
- Pemikiran sains dalam sastera
Saya bersyukur kerana penyertaan pertama saya di dalam mana-mana sayembara membuahkan hasil. Idea menghasilkan Detik timbul pada tahun 2008, namun perkembangan penulisannya agak perlahan. Hanya pada tahun 2010 baru saya mula menulis novel ini sebelum disiapkan pada akhir tahun 2011.
Kini, Detik sudah berada di pasaran. Dapatkan naskhah anda.
Sabtu, 18 Ogos 2012
Salam Aidilfitri 1433 Hijriyyah
Dengan menjelangnya 1 Syawal tidak lama lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, dan maaf zahir dan batin.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak pada tahun hadapan. Semoga Ramadan pada tahun ini membawa keberkatan dan kerahmatan serta kebebasan dari api neraka.
Didoakan semoga kedatangan 1 Syawal pada tahun ini mengeratkan silaturrahim sesama kita dan membawa kebahagiaan bagi masa-masa akan datang, insya-Allah.
Kepada yang memandu ke kampung halaman, didoakan semoga perjalanan lancar dan selamat.

Khamis, 5 Julai 2012
Edisi ADOI
ADOI?
Sengaja saya letakkan istilah itu. Sebenarnya, ADOI yang saya maksudkan ialah kependekan bagi "Akan Datang Oktober Ini".
Apakah yang akan datang Oktober ini?
Novel terbaharu saya.
Walau bagaimanapun, buat masa ini saya terpaksa merahsiakan dahulu judulnya atas permintaan penerbit. Judulnya masih diembargo. Kisahnya juga masih diembargo.
Cuma yang saya boleh berikan ialah draf kulit hadapan novel ini dengan judulnya ditutup. Harap ini boleh memberikan sedikit rasa keterujaan.
Sekurang-kurangnya ini menjadi penyuntik semangat kepada saya.

Selasa, 3 April 2012
Sedu seketika
Seperti yang semua maklum, Transgenesis: Bisikan Rimba diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd di bawah imprint PTS Fortuna. Novel kedua saya ini terbit pada tahun 2008 yang lalu. Imprint PTS Fortuna juga sudah tidak ada sekarang kerana telah dijenamakan semula sebagai sebuah anak syarikat PTS iaitu PTS Pop.
Sememangnya kisah ini saya rangka supaya menjadi sebuah trilogi. Bagaimanapun, disebabkan fokus saya kepada tesis PhD, maka penulisan sambungan kepada Transgenesis: Bisikan Rimba menjadi perlahan. Alhamdulillah, sambungan kisah ini telah saya siapkan pada tahun ini. Mengikut prosedurnya, saya perlu menghantar kertas cadangan kepada pihak penerbit. Kertas cadangan tersebut diserahkan pada awal bulan Mac yang lalu.
Saya baru dimaklumkan bahawa cadangan bagi sekuel Transgenesis ini telah ditolak oleh penerbit. Saya mendapat gambaran bahawa fokus penerbit ialah kepada genre-genre yang lebih menguntungkan (atau dalam istilah yang dipopularkan oleh penerbit, "laku keras"). Dari segi jualan, Transgenesis: Bisikan Rimba tidak meletup. Jualannya biasa-biasa sahaja (walaupun diulang cetak sekali kerana pembelian terus oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2009 yang lalu).
Walaupun sedikit kecewa, saya tetap menerima berita ini dengan hati yang terbuka. Sebagai penerbit, sudah tentu pertimbangan ekonomi menjadi pertimbangan paling utama. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa setiap yang berlaku memang ada hikmahnya. Ini hanya cabaran sementara yang boleh diatasi, ibarat tersentak seketika akibat sedu yang berlaku tiba-tiba.
Cuma, saya harap para pembaca dapat bersabar sedikit masa lagi dalam menghadapi perkembangan terbaharu ini. Saya perlu menimbangkan beberapa pilihan yang ada bagi menerbitkan sambungan Transgenesis. Pilihan yang ada (yang dapat difikirkan buat masa ini) ialah sama ada mencari penerbit lain atau menerbitkan sendiri novel ini.
Sementara itu saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas saya kepada PTS Publications & Distributors atas kepercayaan yang diberikan menerusi penerbitan Transgenesis: Bisikan Rimba pada tahun 2008 yang lalu. Novel ini telah menjadikan nama "Amir Husaini" sinonim dengan genre fiksyen sains.

Rabu, 21 Mac 2012
Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Ali Majod
Petang semalam, saya menerima berita kematian Tuan Haji Ali Majod, seorang penulis buku kanak-kanak dan awal remaja yang pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Terus-terang saya katakan yang saya tidak pernah bertemu atau bersua muka dengan Allahyarham sebelum ini. Saya hanya mengenali Allahyarham daripada rakan-rakan yang pernah bertugas dengan Allahyarham.
Walaupun saya tidak pernah mengenali Allahyarham secara dekat, Allahyarham sebenarnya telah meninggalkan satu kesan yang amat besar dalam hidup saya sebagai seorang penulis kreatif.
Saya siap menulis manuskrip novel pertama saya sekitar tahun 1998. Pada waktu itu, saya teragak-agak untuk menghantarkan manuskrip itu kepada mana-mana penerbit kerana kurang yakin dengan kualiti penulisan sendiri. Seorang sahabat yang pernah bertugas di DBP memberikan manuskrip dengan tajuk Ombak Senja itu kepada Allahyarham untuk diulas.
Berikut ulasan Allahyarham yang masih saya simpan sehingga hari ini:
Saya sebenarnya terhutang budi kepada Allahyarham Haji Ali Majod. Jika tidak kerana ulasannya ini, saya fikir saya mungkin akan terus memendam manuskrip Ombak Senja, dan mungkin juga tidak menulis Transgenesis: Bisikan Rimba dan cerpen-cerpen yang lain. Mungkin perjalanan hidup saya sebagai penulis dengan nama pena "Amir Husaini" tidak berlaku.
Saya amat menghargai suntikan semangat yang diberikan oleh Allahyarham. Walaupun tidak pernah bertemu muka, suntikan semangat ini amat besar maknanya kepada saya.
Semoga roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, insya-Allah.
Al-Fatihah.
Walaupun saya tidak pernah mengenali Allahyarham secara dekat, Allahyarham sebenarnya telah meninggalkan satu kesan yang amat besar dalam hidup saya sebagai seorang penulis kreatif.
Saya siap menulis manuskrip novel pertama saya sekitar tahun 1998. Pada waktu itu, saya teragak-agak untuk menghantarkan manuskrip itu kepada mana-mana penerbit kerana kurang yakin dengan kualiti penulisan sendiri. Seorang sahabat yang pernah bertugas di DBP memberikan manuskrip dengan tajuk Ombak Senja itu kepada Allahyarham untuk diulas.
Berikut ulasan Allahyarham yang masih saya simpan sehingga hari ini:
Struktur penceritaan:
Tiada masalah dalam teknik penceritaan manuskrip ini. Pengarang mengolah persoalannya dengan baik dan menarik. Plotnya berjalan lancar dan agak kompleks sifatnya kerana dibumbui oleh flash back di sana sini.
Konflik dibina dengan baik oleh pengarang. Terasa pengarang orang yang sudah berpengalaman menulis. Ini kerana struktur binaan novel muncul dengan baik sekali.
Watak dan perwatakan digambarkan dengan jelas dan dapat dibayangkan oleh pembaca sama seperti manusia berdarah dan berdaging - manusia biasa. Pelukisan perwatakan ini berjaya ditonjolkan oleh pengarang.
Penggunaan bahasanya juga baik. Amat serasi penggunaan bahasa dengan latar dan persoalan. Ada unsur-unsur falsafah lewat penggunaan bahasanya. Maka itu gerak watak dengan latar menjadi sangat jelas dan hidup.
Kesimpulan:
Manuskrip ini bagus dari segi persoalan, iaitu keagungan cinta. Dan teknik penceritaannya juga baik, bersahaja dan organik sifatnya. Ada unsur konflik yang mewarnai jalinan plotnya.
Tiada masalah dalam teknik penceritaan manuskrip ini. Pengarang mengolah persoalannya dengan baik dan menarik. Plotnya berjalan lancar dan agak kompleks sifatnya kerana dibumbui oleh flash back di sana sini.
Konflik dibina dengan baik oleh pengarang. Terasa pengarang orang yang sudah berpengalaman menulis. Ini kerana struktur binaan novel muncul dengan baik sekali.
Watak dan perwatakan digambarkan dengan jelas dan dapat dibayangkan oleh pembaca sama seperti manusia berdarah dan berdaging - manusia biasa. Pelukisan perwatakan ini berjaya ditonjolkan oleh pengarang.
Penggunaan bahasanya juga baik. Amat serasi penggunaan bahasa dengan latar dan persoalan. Ada unsur-unsur falsafah lewat penggunaan bahasanya. Maka itu gerak watak dengan latar menjadi sangat jelas dan hidup.
Kesimpulan:
Manuskrip ini bagus dari segi persoalan, iaitu keagungan cinta. Dan teknik penceritaannya juga baik, bersahaja dan organik sifatnya. Ada unsur konflik yang mewarnai jalinan plotnya.
Saya amat menghargai suntikan semangat yang diberikan oleh Allahyarham. Walaupun tidak pernah bertemu muka, suntikan semangat ini amat besar maknanya kepada saya.
Semoga roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, insya-Allah.
Al-Fatihah.
Ahad, 28 Ogos 2011
Sudah hampir ke garisan penamat
Insya-Allah, sudah hampir.
Proses penulisan sambungan kepada Transgenesis: Bisikan Rimba sudah berada di fasa terakhir. Saya juga sudah mengemaskan jalan cerita sambungan ini. Walaupun proses penulisan belum berakhir, hakikatnya saya terasa sedikit lega kerana sudah hampir melangsaikan hutang yang tertunggak ini.
Transgenesis: Bisikan Rimba terbit pada tahun 2009 yang lalu. Sudah dua tahun namun sambungannya masih belum terbit. Insya-Allah saya berharap sambungan kisah ini akan menemui pembaca pada awal 2012 nanti. Walaupun penulisan siap nanti, manuskrip ini masih perlu melalui proses penyuntingan, reka letak dan percetakan sebelum buku ini berada di pasaran.
Bagaimanakah kisahnya kali ini? Apakah pengembaraan yang akan dilalui oleh Flora dan watak-watak lain? Saya harap pembaca dapat bersabar. Saya berdoa kisah ini tidak mengecewakan pembaca.
Apa pula tajuk sambungan ini? Keputusan akhir berada di tangan penerbit, namun tajuk yang saya cadangkan ialah:

TRANSGENES2S: MAWAR TANPA KUNTUM
Khamis, 25 Ogos 2011
Salam lebaran
Bulan Ramadan al-Mubarak kini sampai ke hari-hari terakhir. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keampunan sempena bulan yang penuh mulia ini. Adakah kita akan menemui Ramadan pada tahun akan datang? Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Marilah kita berdoa semoga hayat kita dipanjangkan dengan harapan dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah ini, insya-Allah.
Saya sedang mengusahakan dua manuskrip serentak. Agak sukar juga untuk melakukan perkara ini tetapi saya gagahkan juga. Satu manuskrip sudah pastilah sambungan kisah Transgenesis: Bisikan Rimba manakala satu lagi ialah manuskrip bertajul "Detik" bagi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi musim kedua. Doakan semua urusan penulisan berjalan lancar.
Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas kekurangan, kesilapan dan kesalahan pada masa lalu. Semoga Aidilfitri ini menjadi permulaan terbaik bagi hari-hari mendatang, insya-Allah.

Sabtu, 25 Jun 2011
Mencari ketenangan
Menulis bukan suatu perkara yang mudah. Ketenangan amat diperlukan untuk menulis. Ada masanya, idea untuk menulis ada tetapi tanpa ketenangan, idea di dalam minda sukar diterjemahkan dalam bentuk perkataan.Bagi saya, ketenangan tidak boleh dibuat-buat tetapi ia boleh dirangsang menerusi ungkapan zikir, alunan irama yang indah, suasana persekitaran yang tenteram, bunyi-bunyian alam yang memukau dan sebagainya. Lain orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencari ketenangan.
Saya perlukan ketenangan untuk menulis. Semoga ketenangan hadir dalam diri ini.
Sabtu, 18 Jun 2011
Berhenti menulis
Ada ketikanya mahu sahaja saya berhenti menulis.Saya menulis kerana minat. Saya menulis kerana mahu berkongsi pemikiran.
Saya bukan penulis sepenuh masa. Saya juga bukan penulis profesional, sekadar penulis amatur yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Dunia penulisan juga bukan dunia saya mencari rezeki kerana saya ada pekerjaan tetap.
Saya bukan orang yang meletakkan harga apabila diminta membuat atau menyiapkan sesuatu. Saya akan membantu jika termampu. Kelemahan saya yang saya sendiri akui ialah saya tidak pandai menolak apabila ada yang meminta bantuan.
Jika saya salah, silakan tegur. Tetapi tegur secara bijaksana dan berhemah. Saya boleh menerima teguran tetapi berikan saya ruang untuk mempertahankan perkara yang dilakukan.
Jangan sampai saya menyesal menghulurkan bantuan kerana saya juga punya maruah.
Dan jangan sampai saya berhenti terus daripada menulis.
Selasa, 7 Jun 2011
Latar penceritaan fiksyen sains
Lazimnya kisah-kisah fiksyen sains menggunakan salah satu latar berikut:
- Masa hadapan yang sudah hancur (distopia)
- Masa hadapan yang sempurna (utopia)
- Latar angkasa lepas atau planet lain
- Masa lampau
- Realiti silih ganti
Saya secara peribadi cenderung menggunakan latar realiti masa sekarang dengan menjukstaposisikan elemen fiksyen sains pada latar tersebut. Contohnya seperti kisah Transgenesis: Bisikan Rimba. Kisah ini menggunakan latar penceritaan zaman sekarang (dengan imbas kembali kepada zaman Perang Dunia Kedua) sambil melontarkan soalan apa akan berlaku sekiranya teknologi pengubahsuaian genetik manusia benar-benar wujud.
Saya gemarkan pendekatan ini kerana pendekatan ini menjadikan penceritaan nampak lebih realistik, dan saya suka meletakkan pembaca tertanya-tanya apakah mungkin teknologi itu sudah wujud. Ini ditambah dengan pencampuran fakta sains (perkara yang sememangnya wujud) dengan fiksyen sains (perkara yang belum tentu boleh berlaku atau tidak mungkin berlaku). Melalui cara ini, saya mengajak pembaca berfikir untuk membezakan antara perkara realiti dan perkara fiksyen.
Insya-Allah, di dalam sambungan kepada Transgenesis: Bisikan Rimba nanti, saya akan mengekalkan pendekatan penceritaan yang sama.
[Sebagai tambahan, penceritaan filem "X-Men: First Class" juga menggunakan pendekatan yang sama apabila meletakkan elemen fiksyen sains di celah-celah sejarah yang memang berlaku.]
Ahad, 29 Mei 2011
Kembali berkarya Jun ini
Alhamdulillah, penulisan tesis doktorat telah berjaya diselesaikan. Sekurang-kurangnya satu beban terasa "diangkat". Ringan sedikit rasa bahu ini.
Ini juga bermakna saya mempunyai lebih masa, insya-Allah, untuk kembali berkarya. Insya-Allah bermula pada bulan Jun yang akan bermula tidak lama lagi, saya akan menyambung semula penulisan sambungan kisah Transgenesis: Bisikan Rimba. Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan kesihatan.

Sabtu, 21 Mei 2011
Di Bawah Panji-panji Hitam
Bakal menemui pembaca sedikit masa lagi dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Novel yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris tulisan L. Ron Hubbard yang judul asalnya Under the Black Ensign. Versi bahasa Melayu ini diterjemahkan oleh saya dengan judul Di Bawah Panji-panji Hitam. Kisah ini ialah sebuah kisah lanun pada zaman British dan Sepanyol masih lagi sebuah empayar yang menguasai samudera.
Ada tiga lagi judul yang diterjemahkan seperti berikut:
Ada tiga lagi judul yang diterjemahkan seperti berikut:
- Budak Hingusan terjemahan Mohd Rezuan Masran. Judul asal The Chee Chalker.
- Pembunuh Perisik terjemahan Muhammad Zaki Ramli. Judul asal Spy Killer.
- Seandainya Aku Kamu terjemahan Naziah Omar. Judul asal If I Were You.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik judul-judul ini berada di pasaran.
Rabu, 16 Mac 2011
Projek penterjemahan karya L. Ron Hubbard
Seperti yang pernah dicatatkan sebelum ini, saya merupakan salah seorang penterjemah yang menterjemahkan karya klasik L. Ron Hubbard di bawah Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Inisiatif penerbit ini ada dihebahkan di dalam akhbar tidak lama dahulu (pautannya di sini). Insya-Allah karya yang diterjemahkan ini akan diterbitkan oleh penerbit ini tidak lama lagi.Fasa pertama projek ini melibatkan empat judul. Judul yang saya terjemahkan ialah sebuah kisah lanun iaitu Under the Black Ensign.
Nantikan versi bahasa Melayu bagi novel ini.
Selasa, 15 Mac 2011
Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Musim II
Petang tadi saya berkesempatan menghadiri pelancaran Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi kali kedua bertempat di Kampus Antarabangsa, Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Seperti juga sayembara yang pertama, sayembara kali ini dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Malaysia dan Kumpulan Utusan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai sayembara ini, maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di laman web Penerbit UTM dan juga portal Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ayuh, mari meriahkan sayembara ini.
Lagi mengenai sayembara di sini.

Sabtu, 5 Februari 2011
Perkembangan terbaharu
Assalamualaikum buat pembaca dan pengikut blog yang saya hormati dan kasihi,
Saya memohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri. Dalam tempoh kurang lebih enam bulan menyepi ini, ada beberapa perkembangan baharu kegiatan penulisan saya yang ingin saya kongsikan di sini.
Pertama, cerpen berjudul "Mencari cahaya di bumi sakura" telah terbit di dalam majalah Dewan Sastera keluaran Julai 2010. Di dalam majalah yang sama, terdapat juga ulasan novel Transgenesis: Bisikan RImba dan juga satu artikel yang saya tulis berjudul "Apabila saintis menulis novel".
Kedua, cerpen yang telah lama saya tulis berjudul "Kilt dan kimono" akhirnya terbit. Terima kasih kepada Dewan Siswa keluaran November 2010 yang menerbitkan cerpen ini.
Ketiga, saya sekarang ini sedang giat menyiapkan terjemahan sebuah novel Inggeris klasik karya L. Ron Hubbard. Projek penterjemahan di bawah Utusan Publications & Distributors ini ada diuar-uarkan menerusi media baru-baru ini (baca menerusi pautan ini). Tarikh akhir yang diberikan kepada saya ialah 4 Mac 2011 ini. Insya-Allah terjemahan yang diamanahkan kepada saya akan diselesaikan mengikut jadual yang diberikan. Cuma buat masa ini, saya belum dapat menyatakan judul yang saya sedang terjemah ini.
Keempat, dan saya kira perkara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang tempoh saya menyepi, iaitu mengenai sambungan kisah Transgenesis: Bisikan Rimba. Sukar untuk saya memberikan jawapan bagi soalan ini sebenarnya. Saya masih menulis tetapi tidak sepantas yang saya mahukan. Beberapa minggu lalu, saya dimaklumkan yang PTS Fortuna iaitu imprint di bawah PTS Publications & Distributors yang menerbitkan novel ini sedang dalam proses rombakan dan penjenamaan semula. Saya difahamkan bahawa novel-novel genre fiksyen sains akan diberikan pendekatan dan nafas baharu di bawah penjenamaan semula ini. Walau bagaimanapun, saya belum dimaklumkan apakah pendekatan yang diguna pakai dan sejauh manakah ia akan memberi kesan kepada gaya penulisan saya. Saya masih menantikan pertemuan dengan pasukan baharu PTS Fortuna, dan difahamkan satu pertemuan akan diatur pada bulan ini insya-Allah. Jadi sehingga persoalan-persoalan ini terlerai, saya merehatkan seketika penulisan sambungan kisah Flora ini.
Sekadar, mungkin saya boleh nyatakan di sini, cadangan judul sambungan ini ialah "Transgenes2s: Mawar tanpa kuntum".
Rasanya itu dahulu perkembangan yang boleh saya kongsikan di dalam blog ini. Mohon maaf kepada semua yang menanti dengan setia. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini. Insya-Allah kita bertemu lagi di ruangan siber ini.
Saya memohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri. Dalam tempoh kurang lebih enam bulan menyepi ini, ada beberapa perkembangan baharu kegiatan penulisan saya yang ingin saya kongsikan di sini.
Pertama, cerpen berjudul "Mencari cahaya di bumi sakura" telah terbit di dalam majalah Dewan Sastera keluaran Julai 2010. Di dalam majalah yang sama, terdapat juga ulasan novel Transgenesis: Bisikan RImba dan juga satu artikel yang saya tulis berjudul "Apabila saintis menulis novel".
Kedua, cerpen yang telah lama saya tulis berjudul "Kilt dan kimono" akhirnya terbit. Terima kasih kepada Dewan Siswa keluaran November 2010 yang menerbitkan cerpen ini.Ketiga, saya sekarang ini sedang giat menyiapkan terjemahan sebuah novel Inggeris klasik karya L. Ron Hubbard. Projek penterjemahan di bawah Utusan Publications & Distributors ini ada diuar-uarkan menerusi media baru-baru ini (baca menerusi pautan ini). Tarikh akhir yang diberikan kepada saya ialah 4 Mac 2011 ini. Insya-Allah terjemahan yang diamanahkan kepada saya akan diselesaikan mengikut jadual yang diberikan. Cuma buat masa ini, saya belum dapat menyatakan judul yang saya sedang terjemah ini.
Keempat, dan saya kira perkara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang tempoh saya menyepi, iaitu mengenai sambungan kisah Transgenesis: Bisikan Rimba. Sukar untuk saya memberikan jawapan bagi soalan ini sebenarnya. Saya masih menulis tetapi tidak sepantas yang saya mahukan. Beberapa minggu lalu, saya dimaklumkan yang PTS Fortuna iaitu imprint di bawah PTS Publications & Distributors yang menerbitkan novel ini sedang dalam proses rombakan dan penjenamaan semula. Saya difahamkan bahawa novel-novel genre fiksyen sains akan diberikan pendekatan dan nafas baharu di bawah penjenamaan semula ini. Walau bagaimanapun, saya belum dimaklumkan apakah pendekatan yang diguna pakai dan sejauh manakah ia akan memberi kesan kepada gaya penulisan saya. Saya masih menantikan pertemuan dengan pasukan baharu PTS Fortuna, dan difahamkan satu pertemuan akan diatur pada bulan ini insya-Allah. Jadi sehingga persoalan-persoalan ini terlerai, saya merehatkan seketika penulisan sambungan kisah Flora ini.
Sekadar, mungkin saya boleh nyatakan di sini, cadangan judul sambungan ini ialah "Transgenes2s: Mawar tanpa kuntum".
Rasanya itu dahulu perkembangan yang boleh saya kongsikan di dalam blog ini. Mohon maaf kepada semua yang menanti dengan setia. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini. Insya-Allah kita bertemu lagi di ruangan siber ini.
Ahad, 20 Jun 2010
Apa agaknya tajuk yang sesuai?
Sekadar meninjau pandangan pembaca. Apa agaknya tajuk kecil yang sesuai bagi "Transgenesis 2"? Seperti yang semua maklum, bahagian pertama menampilkan tajuk kecil "Bisikan Rimba". Ada sebarang cadangan?
Sabtu, 12 Jun 2010
Info sains: Apa itu transgenesis?
Ramai juga yang mengajukan soalan "apa itu transgenesis" kepada saya. Saya fikir istilah ini mungkin kurang digunakan dalam masyarakat kita. Saya akan cuba memberikan penerangan dalam bahasa yang semudah mungkin mengenai perkara ini."Transgenesis" sebenarnya gabungan dua istilah iaitu trans dan genesis.
Istilah trans ialah satu kata awalan yang berasal daripada perkataan Latin, yang boleh disambungkan kepada banyak perkataan lain. Perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang lazim kita temui dengan awalan trans ialah seperti transport, transform, transit, transfer, transcript dan lain-lain. Di dalam bahasa Melayu juga, awalan trans boleh digunakan terutamanya bagi istilah-istilah pinjaman seperti transit, transkrip, transgender, transplan dan sebagainya. Berbalik kepada istilah trans itu sendiri, ia membawa maksud "melalui", "melangkaui" atau "melampaui" sesuatu.
Istilah genesis pula, mungkin secara perbandingannya, lebih biasa didengar oleh masyarakat kita, walaupun mungkin ramai yang tidak mengambil enteng akan maksudnya. Istilah ini boleh ditakrifkan sebagai "proses yang membawa kepada kewujudan".
Apabila digabungkan kedua-dua istilah ini, maka wujud istilah "transgenesis" yang membawa maksud "proses memasukkan gen (bahan baka) asing ke dalam organisma hidup supaya organisma itu mempunyai sifat baka baharu yang boleh diperturunkan kepada generasi berikutnya". Foto di atas menunjukkan proses memasukkan gen asing ke dalam embrio tikus.
Gen asing yang dimasukkan ke dalam organisma ini juga dipanggil transgene atau transgen dalam bahasa Melayu.
Organisma yang mempunyai transgen ini dipanggil organisma transgenik.
Jika dilihat kepada premis kisah Transgenesis: Bisikan Rimba, watak "Flora" ialah manusia transgenik yang mempunyai transgen daripada tumbuhan.
Saya berharap penerangan ringkas ini mampu merungkai dan memberikan sedikit maklumat berguna kepada pembaca. Saya lihat karya-karya fiksyen sains, jika ditulis dengan baik, mampu memberikan kefahaman mengenai fakta-fakta sains. Itu sebenarnya yang saya cuba lakukan menerusi penulisan saya khususnya kisah Transgenesis: Bisikan Rimba ini. Sama ada saya berjaya atau gagal melakukan perkara ini, saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk menilainya.
Langgan:
Catatan (Atom)