Novel


DETIK
Tahun terbit: 2012
ISBN 978-967-61-2589-7
Harga: RM19.70 (Semenanjung Malaysia) / RM22.70 (Sabah dan Sarawak)

Sinopsis:

Dr. Harichandran: "Cuba bayangkan, kalau manusia boleh mengembara ke zaman lalu, terdapatkah jaminan yang pengembara masa itu tidak akan mengubah sejarah?"
Dr. May Neat: "Tetapi tidakkah satu kemungkinan juga yang pengembara masa itu berada pada zaman silam sebagai sebahagian daripada sejarah? Maksud aku, tiada siapa yang boleh mengatakan yang pengembara dari masa hadapan tidak bersama-sama kita sekarang ini. Berkemungkinan besar mereka hidup dengan kita, dan mungkin ada antara rakan-rakan kita sebenarnya dari masa hadapan."

***********


TRANSGENESIS: BISIKAN RIMBA
Tahun terbit:  2008
Ulang cetak kedua: 2009
Penerbit: PTS Publications and Distributors Sdn Bhd
Imprint: PTS Fortuna
ISBN 978-967-5136-02-3
Harga: RM24.00 (Semenanjung Malaysia) / RM27.00 (Sabah dan Sarawak)

Sinopsis:

Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini kita boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia.

Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal membunuh orang awam...

***********


OMBAK SENJA
Tahun terbit:  2007
ISBN 978-983-3514-23-5
Harga: RM16.50 

Sinopsis:

"Pak Mid beritahu aku. Dia tahu daripada anak dia yang kerja kat hospital tu. Tak kan anak dia nak bohong?" jelas Mak Cik Kiah sedang marah.

"Pak Mid?" Zirul terdiam. Kenapa pula Pak Mid menyibuk dalam hal ini, hati kecil Zirul bertanya. "Janganlah mudah percaya cakap orang, mak. Siasat dulu hujung pangkal, baru bertindak," kata Zirul cuba menenangkan ibunya.

"Nak siasat apa lagi Zirul? Sudah, aku tak nak dengar lagi. Nanti kau angkat barang-barang si Hairi dalam bilik tu masuk ke dalam van dia. Aku tak mau kuman dia merebak dalam rumah kita. Isy, jijik aku, kau tahu tak?" kata Mak Cik Kiah lagi.

Zirul memerhatikan api yang membara membakar tilam, bantal dan cadar. Hatinya kecewa dengan ibu kerana terlalu mudah mempercayai cakap orang lain. Dia juga pelik kenapa Pak Mid begitu bersusah payah datang untuk memberitahu ibunya tentang hal ini. Zirul bimbang Hairi akan disisih apabila perkara ini tersebar. Dia tahu yang berita seperti ini akan dihebahkan dengan begitu pantas sekali. Zirul juga maklum dengan pemikiran orang kampungnya itu. Seperti juga ibunya, mereka akan beranggapan yang Hairi adalah seorang homoseksual.