Rabu, 16 Mac 2011

Projek penterjemahan karya L. Ron Hubbard

Seperti yang pernah dicatatkan sebelum ini, saya merupakan salah seorang penterjemah yang menterjemahkan karya klasik L. Ron Hubbard di bawah Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Inisiatif penerbit ini ada dihebahkan di dalam akhbar tidak lama dahulu (pautannya di sini). Insya-Allah karya yang diterjemahkan ini akan diterbitkan oleh penerbit ini tidak lama lagi.

Fasa pertama projek ini melibatkan empat judul. Judul yang saya terjemahkan ialah sebuah kisah lanun iaitu Under the Black Ensign.

Nantikan versi bahasa Melayu bagi novel ini.

Selasa, 15 Mac 2011

Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Musim II

Petang tadi saya berkesempatan menghadiri pelancaran Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi kali kedua bertempat di Kampus Antarabangsa, Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Seperti juga sayembara yang pertama, sayembara kali ini dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Malaysia dan Kumpulan Utusan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai sayembara ini, maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di laman web Penerbit UTM dan juga portal Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ayuh, mari meriahkan sayembara ini.

Lagi mengenai sayembara di sini.