Saya memohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri. Dalam tempoh kurang lebih enam bulan menyepi ini, ada beberapa perkembangan baharu kegiatan penulisan saya yang ingin saya kongsikan di sini.


Ketiga, saya sekarang ini sedang giat menyiapkan terjemahan sebuah novel Inggeris klasik karya L. Ron Hubbard. Projek penterjemahan di bawah Utusan Publications & Distributors ini ada diuar-uarkan menerusi media baru-baru ini (baca menerusi pautan ini). Tarikh akhir yang diberikan kepada saya ialah 4 Mac 2011 ini. Insya-Allah terjemahan yang diamanahkan kepada saya akan diselesaikan mengikut jadual yang diberikan. Cuma buat masa ini, saya belum dapat menyatakan judul yang saya sedang terjemah ini.
Keempat, dan saya kira perkara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang tempoh saya menyepi, iaitu mengenai sambungan kisah Transgenesis: Bisikan Rimba. Sukar untuk saya memberikan jawapan bagi soalan ini sebenarnya. Saya masih menulis tetapi tidak sepantas yang saya mahukan. Beberapa minggu lalu, saya dimaklumkan yang PTS Fortuna iaitu imprint di bawah PTS Publications & Distributors yang menerbitkan novel ini sedang dalam proses rombakan dan penjenamaan semula. Saya difahamkan bahawa novel-novel genre fiksyen sains akan diberikan pendekatan dan nafas baharu di bawah penjenamaan semula ini. Walau bagaimanapun, saya belum dimaklumkan apakah pendekatan yang diguna pakai dan sejauh manakah ia akan memberi kesan kepada gaya penulisan saya. Saya masih menantikan pertemuan dengan pasukan baharu PTS Fortuna, dan difahamkan satu pertemuan akan diatur pada bulan ini insya-Allah. Jadi sehingga persoalan-persoalan ini terlerai, saya merehatkan seketika penulisan sambungan kisah Flora ini.
Sekadar, mungkin saya boleh nyatakan di sini, cadangan judul sambungan ini ialah "Transgenes2s: Mawar tanpa kuntum".
Rasanya itu dahulu perkembangan yang boleh saya kongsikan di dalam blog ini. Mohon maaf kepada semua yang menanti dengan setia. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini. Insya-Allah kita bertemu lagi di ruangan siber ini.